Dakwaan Perbelanjaan | RCI siasat RM600 bilion diserah kepada jemaah Menteri

2022-12-05 0

Keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan perbelanjaan hampir 600 bilion ringgit ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin akan diserahkan kepada jemaah Menteri untuk dinilai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu setakat ini dibawa ke Kabinet.

Anwar juga tidak cenderung untuk menumpukan terlalu banyak kepada perkara lama, sebaliknya mahu menumpukan kepada pengurusan ekonomi negara dan meningkatkan keyakinan pelabur.

Free Traffic Exchange